Kakitangan Pusat Maklumat yang membantu dan berpengalaman bersedia untuk membimbing anda untuk maklumat dan sumber yang anda perlukan.

Lawat : Kunjungi Pusat Maklumat sukan dan berhubung secara terus dengan kakitangan kami. Find a Location

Telefon : Hubungi kami beserta soalan-soalan anda dalam tempoh waktu operasi : 03-8991 4524/ 4527/ 4529/ 4522

E-Mail: [email protected]

Borang atas talian : ajukan kami dengan soalan-soalan anda – kami akan respon dengan segera (…akan datang)

‘Chat’ atas talian : berbual secara langsung bersama Pegawai Maklumat Kami (…akan datang)

“Knowledge Base”: Kami mungkin telah menjawab soalan-soalan anda sebelum ini. (akan datang…)

Sila lihat koleksi “Knowledge Base” kami:

Pusat Maklumat Sukan/ Perpustakaan Sukan ISN antara yang terbesar seumpamanya di Malaysia. Perpustakaan kami bukan sahaja mengandungi 20,000 buku, jurnal dan majalah, tetapi juga gambar, video, CD-ROM dan memorabilia. Hampir setiap hari item baru akan ditambah ke dalam perpustakaan kami. Perpustakaan ini merupakan sebahagian daripada Perkhidmatan Maklumat Sukan ISN dan ianya digunakan untuk tujuan penyelidikan oleh pentadbir sukan, jurulatih, dan atlet kami serta penyelidik dari luar.

Untuk terus mengembangkan Pusat Maklumat Sukan / Perpustakaan Sukan, kami sangat aktif dalam mengumpulkan buku, majalah, gambar dan lain-lain. Bagi sesiapa yang mempunyai item yang menarik untuk ditawarkan kepada Pusat Maklumat Sukan ISN, anda boleh terus hubungi kami!

Terima kasih !