Profil

Sports Library merupakan pembekal perkhidmatan maklumat kepada sektor sukan negara dan berperanan sebagai pusat rujukan dan repositori maklumat sukan negara. Sebelum dikenali sebagai Sports Library, ia telah dikenali dengan pelbagai nama seperti dibawah:

  • Tahun 1988 : Pusat Sumber , Bahagian Sains Sukan, Majlis Sukan Negara
  • Tahun 1994: Pusat Pengurusan Maklumat, Bahagian Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara.
  • Tahun 2006: Pusat Maklumat, Bahagian Pentadbiran, Institut Sukan Negara.
  • Tahun 2010: Pusat Maklumat Sukan, Bahagian Korporat dan Hal Ehwal Antarabangsa, Institut Sukan Negara.
  • Tahun 2016: Pusat Sumber Maklumat, Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara.
  • Tahun 2016: Sports Library, Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara.

Kini Sports Library merupakan sebahagian daripada Akademi Kejurulatihan Kebangsaan. Sports Library terdiri daripada 2 unit, iaitu unit perpustakaan dan unit pengurusan ilmu. Ia menempatkan koleksi bidang sukan utama Malaysia dengan menyediakan lebih daripada 20, 000 judul monograf, 30 judul jurnal serta 500 buah DVD dan CD-ROM. Sports Library menawarkan koleksi meluas dalam bidang sukan, sains sukan, dan perubatan sukan. Sports Library juga mempunyai koleksi bernilai berkaitan keputusan dan penyertaan Malaysia dalam pelbagai acara. Untuk mendapatkan kemudahan menyeluruh di Sports Library, pengguna perlu mendaftar sebagai ahli.

Pemohon mestilah menepati beberapa syarat kelayakan untuk memohon menjadi ahli Sports Library. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

  • Pegawai dan anggota ISN/MSN/KBS (tetap dan kontrak) • Jurulatih kebangsaan (Elit, Pelapis & SSBJ)
  • Atlet kebangsaan (Elit & Pelapis)
  • Pegawai dan anggota di MSN, Kuala Lumpur.

 

OBJEKTIF

  • Memupuk budaya membaca dalam kalangan atlet, jurulatih, serta pegawai  dan anggota Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
  • Mengurus dan menyediakan maklumat terkini berkaitan sains sukan, teknologi sukan dan perubatan sukan.
  • Menyebarkan maklumat menerusi teknologi terkini – portal Sports Library, media sosial, e-journal, e-magazine, dan online database.
  • Memelihara bahan arkib sukan negara melalui aktiviti pemuliharaan dan pendigitan koleksi arkib sukan.
  • Menggalakkan orang awam mengunjungi Sports Library.