PERATURAN

  • Pengguna yang tidak berpakaian sopan (berselipar, berbaju tanpa lengan. berseluar pendek/Bermuda) tidak dibenarkan masuk ke dalam perpustakaan.
  • Staf, jurulatih dan atlet atau orang yang mendapat kebenaran sahaja dibenarkan masik ke dalam perpustakaan dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
  • Peraturan senyap di dalam perpustakaan hendaklah dipatuhi. Telefon bimbit mestilah dimatikan ataupun ditukar ke mod senyap sebelum masuk ke dalam perpustakaan.
  • Pengguna boleh membawa masuk telefon bimbit tetapi tidak boleh menerima atau membuat sebarang panggilan.
  • Tempahan tempat duduk adalah tidak dibenarkan. Buku atau artikel-artikel lain yang ditinggalkan di atas meja atau kerusi akan dialihkan oleh staf perpustakaan.
  • Pengguna tidak dibenarkan membuat sebarang bunyi bising, tidur, dan melakukan sesuatu yang menarik perhatian, seterusnya mengganggu suasana pembelajaran di perpustakaan.
  • Makan, minum, dan merokok adalah tidak dibenarkan di dalam premis peprustakaan.
  • Beg, tidak termasuk beg tangan, bekas pensil, fail, folder, adalah tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Barang-barang tersebut hendaklah ditinggalkan berhampiran pintu masuk/keluar.
  • Beg, tidak termasuk beg tangan, helmet, dan payung tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Pengguna boleh meletakkan barang-barang tersbeut di loker simpanan beg di luar perpustakaan.
  • Barang-barang bernilai tidak boleh ditinggalkan tanya pengawasan. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggngjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan ke atas barang-barang tersebut.
  • Pengguna yang ditangkap atas kesalahan merosakkan atau mencuri harta peprpustakaan akan dihantar kepada Ketua Pengarah.
  • Staf perpustakaan berhak meminta sesiapa yang mengganggu ketenteraman untuk meninggalkan perpustakaan.
  • Pengguna boleh di arahkan untuk menunjukkan semua buku dan barang-barang yang dibawa untuk pemeriksaan di pintu keluar sebelum meninggalkan perpustakaan (terutamanya ketika penggera berbunyi)